[DIKEMAS KINI] Covid-19: Kuarters kluster baharu di Sabah

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster baharu di Sandakan, Sabah selepas lima individu disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, kluster baharu itu dinamakan sebagai Kluster Kuarters.

"Kes indeks membabitkan petugas kesihatan yang disahkan positif selepas menjalani saringan menggunakan kit ujian pantas (RTK) antigen pada 4 September lalu," katanya.

"Dia telah disaring sebagai saringan rujukan ke hospital, namun ujian menggunakan RT-PCR ke atas kes indeks didapati negatif," katanya.

Menurutnya, KKM menjalankan saringan di sekitar daerah Tongod yang bermula pada 6 September melibatkan masyarakat setempat termasuk petugas kesihatan klinik kesihatan tersebut," katanya.

"Setakat ini, sejumlah 117 individu telah disaring dan seramai 112 individu masih menunggu keputusan saringan," katanya.

Katanya, kesemua kes positif iaitu kes ke-10253 hingga ke-10257 dalam kluster ini melibatkan warganegara, namum mereka tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk rawatan.

"Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di Klinik Kesihatan Tongod.

Artikel Berkaitan:

"Semua pesakit yang mempunyai temu janji di klinik tersebut telah dirujuk ke Klinik Kesihatan yang berhampiran," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, perkhidmatan klinik kesihatan berkenaan akan bermula selepas aktiviti nyah kuman dan proses pembersihan tamat kelak dan punca jangkitan masih dalam siasatan

Kluster Kuarters adalah kluster aktif keenam di Sabah selepas Benteng LD, Laut, Selamat, Pulau dan Bakau.