Mayat lelaki reput ditemui dalam parit di Miri

No Image Caption
A
A
A

MIRI - Mayat seorang lelaki warga Indonesia reput ditemui oleh orang awam di Km11 Jalan Bukit Peninjau, selepas melewati Sekolah Kebangsaan (SK) Kelapa Sawit 2, kira-kira pukul 1.30 petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, berdasarkan maklumat lisan awal yang diterima polis, lelaki itu dikenali sebagai Safaruddin Siong, dipercayai maut kerana terlibat dalam kemalangan kendiri.

“Mayatnya hanya disedari oleh pekerja yang sedang memotong rumput di tepi jalan di lokasi kejadian dan berdasarkan keadaan mayat yang sudah mula mereput, lelak itu dipercayai meninggal dunia lebih daripada 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dan menambah tiada dokumen pengenalan diri dijumpai di lokasi kejadian. - Bernama

Artikel Berkaitan: