Tujuh kenderaan terbakar depan sekolah

Beberapa kenderaan yang terbakar dalam kebakaran di hadapan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka di Durian Daun awal pagi tadi.
Beberapa kenderaan yang terbakar dalam kebakaran di hadapan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka di Durian Daun awal pagi tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Beberapa pelajar sekolah dan orang awam cemas apabila tujuh buah kenderaan termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) yang diletakkan di hadapan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka di Durian Daun di sini terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah van yang tiba-tiba terbakar sebelum merebak ke enam kenderaan lain termasuk Nissan Grand Livina, Perodua Axia, Proton Exora dan Toyota Vios serta dua buah Perodua Myvi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penolong Penguasa Bomba Soon Wee Kiang berkata, dua buah jentera termasuk EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.45 pagi.

Sebuah van musnah 100 peratus dalam kebakaran di hadapan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka di Durian Daun awal pagi tadi.
Sebuah van musnah 100 peratus dalam kebakaran di hadapan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka di Durian Daun awal pagi tadi.

"Setiba di lokasi kejadian, bomba mendapati tujuh buah kenderaan yang diletakkan di hadapan kawasan sekolah terbakar.

"Kebakaran itu mengakibatkan sebuah van musnah 100 peratus," katanya.

Wee Kiang berkata, bagaimanapun enam kenderaan lain hanya terbakar 10 peratus dan tidak membabitkan mangsa sebelum kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya jam 8.26 pagi.

Katanya, punca kejadian masih disiasat.

Artikel Berkaitan: