X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 57 kes baharu, sembilan pesakit di ICU

Seramai sembilan pesakit Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital seluruh negara. Gambar kecil: Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

PUTRAJAYA - Seramai sembilan pesakit koronavirus (Covid-19) sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu membabitkan empat pesakit Kluster Sungai dan masing-masing babitkan seorang Kluster Tawar, Benteng LD, Pulau, saringan kontak rapat serta Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

"Lima kes dirawat di ICU Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah; dua kes di ICU Hospital Tawau, Sabah dan satu kes di ICU Hospital Pulau Pinang.

"Dua kes memerlukan bantuan pernafasan sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar yang terdiri daripada Kluster Tawar dan seorang lagi daripada Kluster Benteng LD dirawat di Hospital Tawau, Sabah," katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.

Menurutnya, sebanyak 57 kes baharu Covid-19 dilaporkan dan daripada jumlah itu, 51 kes penularan dalam negara dan enam kes import," katanya.

"Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 10,276 dengan 751 kes aktif," katanya.

"Sebanyak 40 kes disahkan pulih dan dibenarkan discaj hari ini. Jumlah kumulatif kes pulih pula adalah sebanyak 9,395," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!