Ahli keluar Warisan adalah orang tidak berintegriti

Yusof (tengah) dalam sidang akhbar di Pejabat Exco Penerangan, Pusat Komersial Palm Square, Kinarut, Papar.
Yusof (tengah) dalam sidang akhbar di Pejabat Exco Penerangan, Pusat Komersial Palm Square, Kinarut, Papar.
A
A
A

PAPAR - Tindakan segelintir ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) yang keluar parti disifatkan sebagai pemimpin tidak berintegriti.

Ketua Penerangan Warisan, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, ini termasuk tindakan seorang bekas setiausaha politiknya yang mengisytiharkan meninggalkan parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) selain ada pemimpin didapati menjadi calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

"Laungan perjuangan asal untuk menyokong Warisan hanya di bibir sahaja. Begitu juga ada laporan Ketua Bahagian di Keningau keluar Warisan dan bertanding sebagai calon bebas dan ada ketua wanita mengikutinya," katanya kepada pemberita di Pejabat Exco Penerangan, Pusat Komersial Palm Square, Kinarut hari ini.

Beliau yang juga calon DUN Sindumin berkata, semua pihak perlu menerima keputusan pimpinan tertinggi dan bersedia menyokong sesiapa sahaja yang dicalonkan.

"Mereka sepatutnya menerima keputusan pimpinan Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Jadi rakyat menilai dan memerhati pemimpin yang berintegriti," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli yang berhasrat keluar Warisan melupakan saja niat itu kerana ia perangkap untuk parti lawan menjadikan mereka sebagai alat untuk menang.

"Dalam krisis begini, UMNO akan buat apa saja untuk menarik mereka yang tiada pendirian, tiada integriti dan salah pertimbangan akan terperangkap.

"Parti lawan akan beri tawaran jawatan, pangkat termasuk wang ringgit, sesiapa yang kabur, akan terperangkap untuk dijadikan sebagai alat untuk menang," katanya.

Artikel Berkaitan: