Jenazah Allahyarham Wan Mokhtar selamat dikebumikan

Tetamu yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Wan Mokhtar di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
Tetamu yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Wan Mokhtar di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, pada jam 3 petang tadi selepas disembahyangkan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Turut hadir bagi memberi peghormatan akhir kepada Allahyarham ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

Anak sulung Allahyarham, Wan Hakim Wan Mokhtar, 52, ketika ditemui pemberita selepas upacara pengebumian berkata, bapanya dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Sabtu lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.

Menurutnya, doktor memaklumkan terdapat jangkitan kuman sehingga menyebabkan jantung Allahyarham menjadi lemah.

"Pagi tadi, saya dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa arwah telah meninggal dunia pada jam 6 pagi di hospital berkenaan," katanya.

Wan Hakim Wan Mokhtar
Wan Hakim Wan Mokhtar

Tambah Wan Hakim, kali terakhir beliau bertemu bapanya pada Ahad lalu ketika melawatnya di hospital.

"Keadaan arwah memang sangat lemah pada waktu itu dan kami sekeluarga turut mengambil giliran menjaganya di hospital," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Wan Hakim, beliau sekeluarga bersyukur kerana pengebumian berjalan lancar.

Allahyarham Wan Mokhtar meninggalkan 20 orang cucu dan lima anak hasil perkahwinan bersama isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Aishahtun Mohd Fadullah Suhaimi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas MB Terengganu meninggal dunia

Kerajaan Terengganu rakam ucapan takziah