Lampin pakai buang dibuang merata-rata di Air Terjun Teladas

Antara hasil sisa yang berjaya dikutip sempena program tersebut di Air Terjun Teladas, Maran semalam.
Antara hasil sisa yang berjaya dikutip sempena program tersebut di Air Terjun Teladas, Maran semalam.
A
A
A

MARAN - Sisa lampin pakai buang paling banyak ditemui dibuang merata-rata di kawasan Air Terjun Teladas di sini.

Pegawai Penguat kuasa SWCorp Maran, Rosliah Junsin berkata, pengunjung terutamanya ibu bapa diminta bertanggungjawab dengan tidak membuang sisa berkenaan merata-rata di kawasan tumpuan awam atau rekreasi.

Menurutnya, sisa berkenaan paling banyak dikutip dalam program World Clean Up Day 2020 anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Maran di kawasan rekreasi berkenaan.

Sebahagian peserta yang terlibat dalam.program World Clean Up Day di Air Terjun Teladas, semalam.
Sebahagian peserta yang terlibat dalam.program World Clean Up Day di Air Terjun Teladas, semalam.

"Sebanyak 21.9 kilogram (kg) sisa dikutip di sekitar pusat rekreasi terbabit. Sisa tertinggi adalah lampin pakai buang (6.6kg) diikuti botol plastik (4.8kg) botol kaca (4.6kg) dan lain-lain sisa.

"Seperti yang kita tahu sisa seperti lampin pakai buang susah diuraikan dan ia boleh menambahkan pencemaran alam sekitar," katanya.

Menurutnya, seramai 56 peserta terdiri daripada kakitangan SWCorp, AFSB, Majlis Daerah Maran, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teladas, Majlis Belia Maran dan pengunjung turut serta dalam program berkenaan.

"Tujuan program adalah untuk mengajak orang awam bersama menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata," ujarnya.

Artikel Berkaitan: