X

Kindly register in order to view this article
!

Operasi perniagaan di Pahang kekal 12 tengah malam

Abd Rahim (enam dari kanan) menyampaikan sumbangan cecair pembasmi kuman kepada wakil surau dan masjid terpilih dalam program World Cleanup Day peringkat negeri hari ini.
A
A

KUANTAN - Orang ramai khususnya peniaga diminta mematuhi keputusan kerajaan negeri yang masih mengekalkan tempoh operasi premis perniagaan sehingga jam 12 tengah malam sahaja dalam usaha mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Abd Rahim Muda berkata, setakat ini tiada perubahan waktu operasi premis perniagaan untuk melanjutkan tempoh operasi.

Beliau berkata, walaupun Pahang kini berada dalam status hijau namun kerajaan tetap bertegas dalam usaha memerangi virus itu.

"Semua premis perniagaan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan menggunakan pelitup muka, merekod kedatangan pelanggan dan pemeriksaan suhu badan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program World Clean Up Day 2020 peringkat negeri di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lepar di Jalan Kuantan-Gambang di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Teknologi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Zulkifli Tambi Chik dan Pengarah SWcorp Pahang, Sharudin Hamid.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!