Sampah dan infrastruktur antara masalah penduduk Pulau Gaya

Edward (dua, kiri) ketika meninjau keadaan kawasan rumah atas air yang penuh dengan sampah ketika lawatan ke Pulau Gaya.
Edward (dua, kiri) ketika meninjau keadaan kawasan rumah atas air yang penuh dengan sampah ketika lawatan ke Pulau Gaya.
A
A
A

KOTA KINABALU - Masalah sampah selain infrastruktur yang tidak diselenggara dengan baik antara isu yang disuarakan oleh penduduk Pulau Gaya di sini kepada calon Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru Datuk Edward Yong Oui Fah.

Edward berkata, beberapa infrastruktur khususnya jambatan kelihatan usang dan boleh membahayakan nyawa masyarakat setempat sekiranya tidak dibaik pulih dengan segera.

"Selain itu, saya menerima aduan sampah di kawasan ini tidak diselenggara dengan sempurna.

"Ketika saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dulu hampir setiap bulan pihak berwajib akan membersihkan sampah sarap ini," katanya ketika melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lok Baru dan Lobong disini, kelmarin.

Katanya, kerajaan pimpinan Parti Warisan Sabah didakwa tidak menunaikan janji kepada penduduk di kawasan berkenaan selepas PRU14.

"Saya harap masyarakat di kawasan DUN Tanjung Aru dapat memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat di kawasan ini,"katanya.

Artikel Berkaitan: