Bukan kes samun: Polis

Gambar tular di sosial media yang mendakwa suspek ditahan disebabkan kes samun di Kampung Cawas di Tanah Merah hari ini.
Gambar tular di sosial media yang mendakwa suspek ditahan disebabkan kes samun di Kampung Cawas di Tanah Merah hari ini.
A
A
A

TANAH MERAH - Polis berjaya menahan empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 19 tahun yang masih bersekolah selepas mengejar mereka sejauh tujuh kilometer di Kampung Cawas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, kesemua suspek ditahan polis selepas kereta dinaiki melanggar lampu isyarat berwarna merah di bandar Tanah Merah, namun mereka bertindak melarikan diri dengan memecut laju kenderaan dinaiki menghala ke Kampung Cawas.

"Kesemua suspek berjaya ditahan selepas dikejar polis sejauh tujuh kilometer.

"Pemeriksaan di dalam kereta telah menjumpai senjata berbahaya berupa sebilah parang, kerambit (senjata berjadual) dan alatan menghisap dadah," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, kesemua suspek berumur antara 19 hingga 36 tahun di mana tiga daripada suspek memiliki rekod kesalahan lampau.

Senjata yang ditemui dalam kenderaan yang dinaiki empat suspek yang ditahan di Kampung Cawas selepas melanggar lampu isyarat di bandar Tanah Merah di sini hari ini.
Senjata yang ditemui dalam kenderaan yang dinaiki empat suspek yang ditahan di Kampung Cawas selepas melanggar lampu isyarat di bandar Tanah Merah di sini hari ini.

"Suspek berusia 19 tahun masih bersekolah, tiada rekod kesalahan lampau dan negatif dadah.

"Dua daripada suspek masih dikehendaki (wanted person) bersabit kes dadah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini tular di media sosial menunjukkan suspek ditahan di tepi jalan oleh pihak polis disebabkan kes samun.

Bagaimanapun, Zainuddin memberitahu, kes berkenaan tidak berkaitan dengan kes samun sebagaimana yang ditularkan.

"Kesemua suspek direman dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 7(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, dan juga Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam," katanya.