Texas Chicken utamakan kualiti

Bekalan ayam dimasak sepanjang hari dalam kelompok kecil oleh kakitangan Texas Chicken bagi memelihara kualiti dan kesegarannya.
Bekalan ayam dimasak sepanjang hari dalam kelompok kecil oleh kakitangan Texas Chicken bagi memelihara kualiti dan kesegarannya.
A
A
A

SEBAGAI salah sebuah rangkaian restoran khidmat segera berasaskan ayam yang terbesar di dunia dan memiliki lebih 73 restoran di Malaysia, Texas Chicken sentiasa komited menjamu rakyat Malaysia dengan hidangan ayam goreng yang lazat dan menyelerakan.

Texas Chicken dalam satu kenyataan memaklumkan, jenama itu terkenal dengan ayam perisa pedas dan biasa bersaiz besar, isinya yang berjus dan rangup serta potongan seekor ayam kepada lapan bahagian membolehkan pelanggan Texas Chicken menikmati ketulan ayam goreng lebih besar dan memuaskan pada nilai lebih hebat.

Menurut kenyataan itu, bagi menepati cita rasa pelanggan, pihak syarikat menitikberatkan aspek kualiti dan keselamatan makanan ketika penyediaan ayam goreng dan Texas Chicken akan memastikan pembekalnya mematuhi standard yang tinggi dan warga kerjanya menjalani latihan terperinci.

"Semuanya bermula dengan bekalan ayam segar yang diedarkan ke restoran setiap hari oleh para pembekal tempatan yang memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Bekalan dihantar menggunakan trak berpeti sejuk ke setiap restoran di serata Malaysia, bagi mengekalkan kesegaran produk yang dibawa, namun apabila tiba di restoran bukan keseluruhan bekalan ayam tersebut diluluskan pihak restoran.

"Hanya bahagian yang menepati standard kualiti, penampilan dan suhu ditetapkan diterima pihak restoran setelah pemeriksaan rapi dijalankan," menurut kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, kakitangan Texas Chicken dilatih untuk mengutamakan kecemerlangan dan diingatkan supaya tidak mengambil jalan mudah ketika mengendalikan bahan-bahan mentah serta menyediakan makanan.

Bagi menghasilkan isi ayam goreng yang berjus dan rangup kulitnya, bekalan ayam dimasak sepanjang hari dalam kelompok kecil kakitangan Texas Chicken bagi memelihara kualiti dan kesegarannya.

Artikel Berkaitan:

Ketulan ayam mentah disalut dengan bancuhan tepung istimewa bagi menghasilkan rasa unik yang sinonim dengan Texas Chicken dan untuk ayam perisa pedas, ketulan ayam diperap dengan ramuan khas sekurang-kurangnya 12 jam untuk rasa lebih sedap dan mantap.

"Akhir sekali, bagi memastikan produk yang disajikan selamat untuk dimakan, ayam akan dimasak dengan suhu minimum 185ºF, kemudian disimpan pada suhu minimum 145ºF supaya pelanggan Texas Chicken menikmati produk yang panas dan dimasak dengan sempurna.

"Walaupun rakyat Malaysia berbeza cita rasa dan pilihan, namun mereka sepakat apabila bercakap tentang ayam goreng, justeru Texas Chicken amat berbangga kerana mampu menghidangkan makanan kegemaran ramai ini dengan menjadikan aspek kesegaran dan kualiti sebagai identiti utama," kata kenyataan itu.