X

Kindly register in order to view this article
!

Turun bendera di premis awam, persendirian

Semua bendera dinaikkan dan dikibarkan untuk menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia hendaklah dinaikkan dua minggu sebelum 31 Ogos dan diturunkan pada 17 September setiap tahun.
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) meminta pemilik premis awam dan persendirian di bandar raya ini untuk menurunkan bendera Johor dan Jalur Gemilang.

MBJB dalam satu kenyataan memberitahu, langkah itu selaras dengan arahan kerajaan negeri menerusi Pekeliling Am Kerajaan Johor Bil 2 Tahun 2018 Protokol Bendera Johor dan Bendera Daerah-daerah Johor.

"Semua bendera yang dinaikkan dan dikibarkan untuk menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia hendaklah dinaikkan dua minggu sebelum 31 Ogos dan diturunkan pada 17 September setiap tahun.

"Sehubungan itu, pemilik-pemilik premis perlu memastikan bahawa bendera Johor dan Jalur Gemilang dapat diturunkan dan disimpan dengan sebaiknya serta memastikan tiada bendera yang lusuh, koyak mahupun rosak dibiarkan di premis masing-masing," jelas kenyataan itu yang dikeluarkan hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!