Anak didakwa bunuh bapa

Kar Foong dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh bapanya, dua minggu lalu.
Kar Foong dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh bapanya, dua minggu lalu.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapanya, dua minggu lalu.

Tertuduh, Pang Kar Foong, 49, mengangguk faham selepas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus namun, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, Kar Foong sengaja menyebabkan kematian Pang Ket Tai, 75, dengan menggunakan botol dan serpihan botol kicap.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Besar K/B Gunung Rapat di sini kira-kira jam 6.30 petang, 12 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kar Foong dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh bapanya, dua minggu lalu.
Kar Foong dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh bapanya, dua minggu lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K Darinee manakala tertuduh di wakili Peguam R Rajasegaran.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang warga emas mati dipercayai akibat dipukul menggunakan botol kaca oleh anak lelakinya dalam satu pergaduhan di sebuah kedai berhampiran Pasar Gunung Rapat di sini.

Mangsa ditemui mati dengan kesan kecederaan di muka, leher dan kepala dan berdasarkan keterangan ahli keluarga, suspek dipercayai kurang siuman sejak 20 tahun lalu serta sedang menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa maut dipukul anak guna botol kaca