Lelaki warga Myanmar mati ditikam

Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman di badan dan kepala.
Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman di badan dan kepala.
A
A
A

SERDANG - Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman di badan dan kepalanya di Jalan 43, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 10.15 malam.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa berusia dalam lingkungan 30 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

"Mangsa telah ditikam di bahagian belakang dan terus rebah di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dipercayai mati akibat beberapa kesan tikaman di bahagian belakang badan, leher dan kepalanya.

"Kita sudah mengenal pasti suspek dan tangkapan juga sudah dilakukan," katanya.

Ismadi memaklumkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: