PRN Sabah: Anggota tentera, polis undi awal esok

Seramai 16,877 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis akan mengundi di 55 pusat mengundi esok bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16.
Seramai 16,877 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis akan mengundi di 55 pusat mengundi esok bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 16,877 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis akan mengundi di 55 pusat mengundi esok bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16.

Proses pengundian itu akan bermula jam 8 pagi dan akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, jumlah itu membabitkan 7,487 anggota tentera dan 9,390 anggota polis di seluruh negeri.

Beliau berkata, SPR sangat menekankan pematuhan kepada garis panduan pencegahan atau prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung penularan Covid-19 yang ditetapkan.

"Sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan Covid-19 yang berkuat kuasa seperti penjarakkan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka separuh, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan.

"Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh ejen calon dan Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik oleh SPR. Di samping itu, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara langsung menerusi laman Facebook SPR," katanya.

Ikmalrudin Ishak
Ikmalrudin Ishak

Beliau berkata, semua peti undi bagi pengundian awal itu akan disimpan di lokap balai polis yang terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Kertas undi hanya akan dikira pada 26 September 2020 bermula jam 4.00 petang dan pengiraan kertas undi akan dijalankan di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR.

"Selain itu, urusan pengiraan undi akan disaksikan oleh ejen calon masing-masing," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, sebahagian anggota polis akan terbabit dalam pengundian awal esok dan sebahagiannya akan undi seperti biasa pada 26 September nanti.

"Kalau ikut rekod polis, semua termasuk keluarga dan anggota polis hampir 11,000 terlibat dalam pengundian ini.

"Setengah daripadanya akan undi awal membabitkan petugas polis yang akan terlibat pada hari pengundian, setengah lagi undi biasa," katanya.