Gempa bumi bermagnitud 6.1 landa selatan Filipina

No Image Caption
A
A
A

MANILA - Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda wilayah Surigao del Sur di selatan Filipina pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.

Institut Seismologi dan Vulkanologi Filipina (Phivolcs) berkata, gempa itu melanda pada 6.13 pagi waktu tempatan, dengan kedalaman 77 kilometer, kira-kira 66 kilometer di timur laut kota Bayabas di pulau Mindanao.

Gegaran turut dirasai di bandar Surigao di wilayah Surigao del Norte dan bandar Gingoog di wilayah Misamis Oriental.

Menurut Phivolcs gegaran itu tidak menyebabkan kerosakan, tetapi boleh mencetuskan gempa susulan.

-Bernama

Artikel Berkaitan: