X

Kindly register in order to view this article
!

Bukan dihempap konkrit, tetapi dilanggar kren

Gambar kemalangan sebuah kereta Proton Saga tular di laman sosial.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kereta jenis Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Len Sen malam tadi bukan disebabkan oleh runtuhan konkrit seperti yang ditularkan oleh beberapa media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner, Zulkefly Yahya berkata, kejadian pada jam 8.30 malam tadi adalah disebabkan oleh rempuhan kren dari belakang kereta berkenaan.

"Siasatan mendapati, semasa pemandu kereta itu telah belok ke kiri untuk masuk ke jalan Len Sen daripada Cheras, kenderaannya telah dilanggar daripada belakang oleh kenderaan lain dipercayai sebuah kren yang sedang bergerak lurus di Jalan Len Sen.

“Akibat kemalangan itu, bahagian depan penyangkut kren telah melanggar bumbung kereta tersebut," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Zulkefly berkata, lelaki berusia 50 tahun itu berjaya dikeluarkan daripada keretanya dengan bantuan anggota bomba.

"Lelaki itu tidak mengalami sebarangan kecederaan. Kita tidak menjumpai sebarang serpihan objek dalam kereta itu," katanya.

Zulkefly memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada pemandu kren tersebut setakat ini.

Terdahulu, tular di media sosial yang mendakwa terdapat satu lagi kejadian runtuhan konkrit atau serpihan besi yang berlaku di kawasan pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) di Taman Len Seng, Cheras.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!