Sila log masuk terlebih dahulu.

Perkasakan pelancongan domestik

Penutupan pintu sempadan kerana Covid-19 merancakkan ekonomi Malaysia melalui perbelanjaan domestik.
Penutupan pintu sempadan kerana Covid-19 merancakkan ekonomi Malaysia melalui perbelanjaan domestik.
A
A
A

HIKMAH di sebalik penutupan pintu sempadan negara kerana pandemik Covid-19 ialah sektor pelancongan domestik mendapat tempias yang positif.

Orang ramai yang tidak dapat melancong ke luar negara memilih destinasi pelancongan dalam negara untuk bercuti bersama keluarga.

Trend yang berlaku ketika ini adalah sesuatu yang baik kepada ekonomi setempat. Wang rakyat Malaysia dibelanjakan dalam negara dan memberi manfaat kepada rakyat tempatan.

Jika pada tahun 2019, pertumbuhan 12 peratus pelancongan domestik menjana kira-kira RM92.6 bilion, maka tidak mustahil jumlah itu dapat ditingkatkan pada tahun ini jika sektor pelancongan domestik terus menjadi tumpuan dan agresif hingga hujung tahun.

Hotel-hotel yang dahulunya nyawa-nyawa ikan bolehlah kembali bernafas dan kembali di landasan asal untuk menjana keuntungan.

Golongan yang mendapat manfaat daripada pelancong seperti pemandu van pelancong, pengusaha kereta sewa, penjaja dan ramai lagi juga boleh menarik nafas lega dan tidak perlu lagi susah hati hilang punca rezeki kerana ia memberi sinar kepada kehidupan mereka kini.

Kelihatan orang ramai mengunjungi Pasar Siti Khadijah yang merupakan salah satu destinasi pelancongan di Kelantan. - Foto Bernama
Kelihatan orang ramai mengunjungi Pasar Siti Khadijah yang merupakan salah satu destinasi pelancongan di Kelantan. - Foto Bernama

Bagaimanapun, di sebalik keghairahan warga tempatan bercuti dalam negara, pengusaha hotel janganlah terlalu ghairah untuk menebus kerugian yang dialami ketika Covid-19 melanda negara.

Artikel Berkaitan:

Janganlah kerana permintaan yang mendadak, harga sewa bilik dinaikkan sama seperti tempoh sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.

Sewajarnya harga tidak kiralah apa jenis produk sekalipun perlu berpatutan supaya jualan terus meningkat dan mampu menarik pengunjung tempatan datang.

Kekalkanlah harga yang ditawarkan ketika ini kerana tanpa pelancong domestik ketika ini, industri pelancongan domestik akan kembali menemui jalan sukar.

Industri pelancongan tempatan perlu terus diperkasakan dengan menawarkan pakej mampu milik supaya sektor itu dapat aktif menjana pulangan.

Di samping itu, tingkatkan kualiti perkhidmatan dari segi kebersihan, kualiti makanan dan banyak lagi supaya pelanggan berpuas hati. Jom, cuti-cuti Malaysia!