Vierge gembira dapat naik podium

Aksi Vierge pada saingan Moto2 GP Emilia Romagna. Foto Petronas SIC
Aksi Vierge pada saingan Moto2 GP Emilia Romagna. Foto Petronas SIC
A
A
A

PELUMBA Moto2 Yamaha Petronas SRT, Xavi Vierge gembira kerana berjaya menaiki podium pada perlumbaan pada Grand Prix (GP) Emilia Romagna setelah menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketiga di Litar Misano.

Vierge berkata, kejayaan menaiki podium kali ini juga adalah hasil kerja keras berpasukan selama ini melibatkan staf teknikal dan lain-lain.

Menurutnya, kesemua kakitangan telah melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan dengan baik khususnya terhadap jentera yang digunakannya.

“Terima kasih kepada pasukan saya, anda semua telah melakukan tugas dengan cukup baik dan luar biasa.

“Oleh itu diharapkan pasukan kami akan meneruskan kerja-kerja sedemikian dalam menjamin kejayaan pada perlumbaan akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Keputusan perlumbaan berkenaan sekali gus menyaksikan Vierge kini berada pada kedudukan dalam kejuaraan dunia.

Sementara itu, rakan sepasukannya Jake Dixon berkata, dia turut gembira dengan pencapaiannya untuk menamatkan perlumbaan pada kedudukan kesembilan kali ini.

Katanya, kedudukan berkenaan nyata sesuatu yang cukup membanggakan dan berharap ia akan berulang pada GP Cantalunya hujung minggu ini.

Artikel Berkaitan:

“Perlumbaan seterusnya ini pasti lebih mencabar, namun saya tetap berazam untuk meneruskan kejayaan yang saya kecapi kali ini,” katanya