Tottenham belasah Southampton

Heung-Min (kanan) ketika melakukan rembatan untuk gol kedua Tottenham Hotspur semasa menentang Southampton di Stadium St Mary's.
Heung-Min (kanan) ketika melakukan rembatan untuk gol kedua Tottenham Hotspur semasa menentang Southampton di Stadium St Mary's.
A
A
A
TOTTENHAM Hotspur bangkit menebus permulaan tempang minggu lalu apabila membelasah Southampton 5-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St Mary malam ini.

Bagaimanapun The Saints terlebih dulu di depan menerusi jaringan Danny Ings pada minit ke-32 sebelum Son Heung-Min meledak gol penyamaan pada masa kecederaan untuk kedudukan 1-1 pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, Spurs kembali lebih bertenaga apabila Heung-Min meledak gol kedua pelawat pada minit ke-47 sebelum meledak dua lagi gol pada minit ke-64 dan 73.

Penyerang sensasi Tottenham, Harry Kane turut mencetak nama apabila meledak gol kelima pelawat pada minit ke-82 sebelum Ings menambah gol kedua tuan rumah pada masa kecederaan untuk kedudukan kekal 5-2.

Anak buah Jose Mourinho menyingkap tirai liga minggu lalu langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada Everton di Stadium Tottenham Hotspur.
Artikel Berkaitan: