#PRN SABAH# Anwar yakin peroleh sokongan untuk jadi Perdana Menteri

Anwar memberi ucapan ketika menghadiri siri jelajah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api di Kota Kinabalu hari ini.
Anwar memberi ucapan ketika menghadiri siri jelajah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api di Kota Kinabalu hari ini.
A
A
A
KOTA KINABALU - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyatakan keyakinan bahawa beliau mampu untuk mendapatkan sokongan yang mencukupi daripada ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, PKR menerima pandangan pelbagai pihak bagi tujuan pelantikan Perdana Menteri seterusnya menubuhkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Kita sentiasa menerima pandangan pelbagai pihak dan ia tiada masalah. Pandangan yang diberikan ialah beri laluan kalau saya tidak boleh.

"Tapi jawapan saya ialah saya boleh," katanya ketika ditemui selepas menghadiri siri jelajah bersama Anwar bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api di sini hari ini.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu parti itu memberi peluang kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi Perdana Menteri sekiranya Anwar tidak mampu mendapatkan jumlah sokongan secukupnya.
Artikel Berkaitan:


Dalam perkembangan lain, Anwar turut menyokong agar mereka yang positif Covid-19 diberi peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Bagaimanapun, katanya, ia perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan.

-end-