Cubaan seludup susu tepung gagal

Susu tepung yang cuba dibawa masuk melalui Lapangan Antarabangsa Senai, Johor Bahru pada 13 September lalu. - Foto Maqis Johor.
Susu tepung yang cuba dibawa masuk melalui Lapangan Antarabangsa Senai, Johor Bahru pada 13 September lalu. - Foto Maqis Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk susu tepung dari Ireland tanpa Permit Import dan Sijil Kesihatan daripada negara asal di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A Rahman berkata, rampasan pada 13 September lalu itu dibuat hasil pemeriksaan yang dilakukaan oleh pegawai Maqis di bahagian kargo lapangan terbang terbabit.

"Susu tepung seberat tiga kilogram (kg) sebanyak dua paket yang bernilai lebih kurang RM390.70 itu diletakkan dalam sebuah kotak.

" Wanita berusia 20 tahun yang bertindak sebagai wakil syarikat penghantaran yang cuba membawa masuk susu tepung itu diambil keterangan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nur Afifah berkata, perbuatan mengimport Milk Powder tanpa Permit Import dari Maqis menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

"Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi pengimportan keluaran pertanian perlu mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara bebas daripada perosak, penyakit dan bahan cemar serta menjaga industri pertanian negara," katanya.

Artikel Berkaitan: