Gagal seludup 91 kg daun ketum ke Thailand

PGA merampas daun ketum seberat 1,609 kg bernilai RM48,270 dalam dua hari operasi sejak semalam di sekitar Perlis.
PGA merampas daun ketum seberat 1,609 kg bernilai RM48,270 dalam dua hari operasi sejak semalam di sekitar Perlis.
A
A
A

PADANG BESAR - Cubaan sindiket penyeludupan 91 guni daun ketum bernilai RM48,270 berjaya dipatahkan melalui Op Benteng Covid selama dua hari bermula semalam.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, serbuan pertama kira-kira jam 5.20 petang mengesan sebuah pondok di kawasan kebun getah di Chuping, Perlis.

Menurutnya, pemeriksaan menemui bungkusan plastik lut sinar berisi daun ketum seberat 644 kilogram (kg) bernilai RN19,320.

"Serbuan pada hari sama kira-kira jam 10.30 malam, pemantauan di Jeti PLKN Ikan Sungai Bahru menemui sebanyak 55 guni berisi daun ketum seberat 55kg bernilai RM16,500.

Susulan itu, kira-kira jam 6.30 pagi pada keesokan harinya, sepasukan anggota PGA menemui 13 guni daun ketum membabitkan pemeriksaan di sekitar Padang Besar.

"Daun ketum seberat 415kg itu dianggarkan berjumlah RM12,450," katanya.

Tambahnya, pihaknya percaya kesemua daun ketum itu cuba diseludup ke Thailand dan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Artikel Berkaitan: