1 maut, 1 cedera dalam runtuhan bangunan

Foto: Bernama
Foto: Bernama
A
A
A

SERDANG - [DIKEMASKINI] Seorang pekerja binaan dikhautiri maut dalam kejadian runtuhan struktur konkrit bumbung bangunan kilang di Taman Perindustrian Bukit Belimbing, Balakong, di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norizham Mohd. Nudin berkata,mangsa dikenali sebagai Abdul 49 merupakan warga Bangladesh.

Katanya, sementara itu, seorang lagi pekerja warga Bangladesh yang cedera di kaki ialah Iqbal Hussein, 31.

“Difahamkam mangsa yang cedera diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut,” katanya memetik laporan media tempatan ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Norizham memberitahu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi membawa keluar Abdul sedang giat dijalankan.

“Kami berdepan kesukaran mengeluarkan mangsa kerana pekerja terbabit dihempap runtuhan konkrit di bahagian bumbung.

“Sehingga pukul 8.30 malam tadi, kerja-kerja menyelamat masih giat dijalankan,” katanya.

Artikel Berkaitan: