Mangsa dihempap konkrit patah tangan, tulang selangka

Konkrit bersaiz satu meter yang jatu dari struktur pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Kuala Lumpur semalam. Kereta dipandu mangsa mengalami kerosakan terukpada bahagian bumbung dalam kejadian berhampiran Bandar Tasik Selatan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kuala Lumpur semalam.
Konkrit bersaiz satu meter yang jatu dari struktur pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Kuala Lumpur semalam. Kereta dipandu mangsa mengalami kerosakan terukpada bahagian bumbung dalam kejadian berhampiran Bandar Tasik Selatan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kuala Lumpur semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wanita yang nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap batu konkrit dari struktur pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Bandar Tasik Selatan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini semalam, disahkan patah tangan kiri dan tulang selangka.

Mangsa, Wan Aqila Hanen Wan Maliki, 25, dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini untuk rawatan.

Adik mangsa, Wan Aziqa Hanen, 24, berkata, dia bersyukur kakaknya terselamat dalam kejadian itu walaupun keadaan kereta yang rosak teruk.

"Kakak telah dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas keadaannya semakin baik. Kami sekeluarga juga bercadang untuk meneruskan rawatannya di hospital swasta.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cedera bongkah konkrit hempap kereta

“Kami juga ada bertanya kepada kakak bagaimana kejadian itu berlaku, namun dia sendiri tidak pasti dan hanya sedar apabila ada orang datang membantu dengan membawanya keluar dari kereta,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Ketika ditanya kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kejadian berkenaan, Wan Aziqa berkata, perkara itu belum difikirkan lagi.

"Kami sekeluarga tidak memikirkan soal saman atau tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan, sebaliknya memohon doa orang ramai supaya kakaknya cepat sembuh," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang semalam, kereta Proton Saga FLX dipandu mangsa remuk teruk pada bahagian bumbung akibat ditimpa kepingan konkrit dianggarkan bersaiz satu meter persegi.

Artikel Berkaitan: