DesaMall@KPLB akan dilancarkan di Pahang dan Sarawak

Abdul Rahman (tengah) bersama 121 peserta Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar di Dewan Astana, Hotel Grand Makmur, sebentar tadi.
Abdul Rahman (tengah) bersama 121 peserta Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar di Dewan Astana, Hotel Grand Makmur, sebentar tadi.
A
A
A

KUANTAN - Dua lagi DesaMall@KPLB akan dilancarkan di Kuala Lipis, Pahang dan Lawas, Sarawak dalam masa terdekat.

Pusat yang diwujudkan atas inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu bertujuan membantu usahawan luar bandar memasarkan produk secara atas talian dan bersemuka.

Timbalan Menteri KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sebelum ini kementerian itu membuka DesaMall@KPLB di Mersing, Johor Bahru dan akan diperluaskan ke seluruh negara.

"Buat masa ini, kita hanya melancarkan dahulu pusat berkenaan sebelum mendapatkan lokasi yang sesuai untuk menempatkan produk usahawan desa di bawah satu bumbung," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya majlis perasmian Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar di Dewan Astana, Hotel Grand Makmur, sebentar tadi.

Seramai 121 peserta menyertai seminar itu yang turut dihadiri Exco Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, Datuk Aziz Mat Kiram.

Mengulas mengenai seminar yang diadakan, Abdul Rahman berkata, sasaran peserta pada tahun ini sekitar 680 orang berbanding 3,101 tahun lalu.

Menurutnya, bilangan peserta berkurangan susulan wabak Koronovirus (Covid-19) bagi mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun katanya, beberapa alternatif dilaksanakan termasuk mengadakan kursus secara atas talian bagi memastikan latihan dapat diberikan kepada peserta luar bandar

Artikel Berkaitan:

"Kita bekerjasama dengan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM) supaya capaian internet di kawasan luar bandar dalam keadaan memuaskan," katanya.