19,167 penduduk dalam PKPD Kota Setar disaring

Seramai 19,167 penduduk dalam daerah Kota Setar yang berada di bawah PKPD secara pentadbiran, menjalani saringan Covid-19 sejak 11 September hingga semalam. Foto 123RF
Seramai 19,167 penduduk dalam daerah Kota Setar yang berada di bawah PKPD secara pentadbiran, menjalani saringan Covid-19 sejak 11 September hingga semalam. Foto 123RF
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 19,167 penduduk dalam daerah Kota Setar yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran, menjalani saringan koronavirus (Covid-19) sejak 11 September hingga semalam.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang berkata, sebelum ini, pihaknya menganggarkan seramai 15,000 hingga 20,000 penduduk akan disaring, namun bilangan itu boleh meningkat sekiranya lebih banyak kes positif wabak itu dicatat.

"Untuk hari ini sahaja, seramai 450 petugas kesihatan telah digerakkan bagi membantu proses pengambilan sampel dan buat masa ini, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) hanya menggunakan khidmat petugas dari dalam daerah Kota Setar dan daerah lain di negeri ini.

"Belum ada petugas kesihatan dari negeri lain yang dipanggil untuk membantu proses pengambilan sampel bagi tujuan saringan," katanya di sini hari ini.

Dr Mohd Fikri berkata, jumlah petugas secara harian juga adalah berbeza mengikut unjuran bilangan keperluan sampel yang perlu dibuat.

"JKN Kedah ingin mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) dalam memerangi penularan Covid-19 ini.

"Sebarang maklumat berkaitan Covid-19 boleh rujuk kepada Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar di talian 019-4053711," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: