X

Kindly register in order to view this article
!

1 jam pujuk warga emas ke pusat jagaan

Warga emas tinggal dalam kawasan hutan kecil di Teluk Chempedak diselamatkan JKM Pahang. - Foto ihsan JKM
A
A

KUANTAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang mengambil masa kira-kira satu jam masa untuk memujuk seorang lelaki warga emas yang tinggal di kawasan hutan kecil tepi pantai Teluk Chempedak supaya bersetuju untuk dipindahkan di pusat jagaan orang tua di bandar ini.

Pengarahnya, Zulkhairi Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang melihat lelaki berusia 63 tahun itu mencari makanan dan tidur di pesisir pantai Teluk Chempedak sejak beberapa minggu.

"Pada mulanya lelaki itu tidak berminat untuk tinggal di rumah warga emas, tetapi akhirnya bersetuju," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati warga emas berkenaan berasal dari daerah ini dan mempunyai keluarga manakala ibunya berusia 80 tahun menetap di Kuala Lumpur.

"Kes ini di klasifikasi sebagai orang papa dan usaha membela nasib warga emas itu sedang dilakukan selain berusaha mengesan ahli keluarganya," katanya.

Dalam pada itu, Zulkhairi berkata, JKM Pahang sentiasa berusaha membela nasib warga emas termasuk gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal, bantuan tempat tinggal akan disediakan supaya mereka lebih selamat.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!