X

Kindly register in order to view this article
!

KDEBWM jawab rungutan ADUN Jeram

ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli melalui kenyataan di halaman Facebook beliau memaklumkan mengenai isu berkaitan longgokan sampah di kawasan Pusat Perdagangan Alam Jaya, Puncak Alam.
A
A

SHAH ALAM - Kutipan sampah pukal di kawasan Pusat Perdagangan Alam Jaya, Puncak Alam di sini adalah di bawah Badan Pengurusan Bersama (JMB) kawasan tersebut.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management, Ramli Mohd Tahir berkata, KDEB Waste Management (KDEBWM) hanya menguruskan kutipan sampah domestik di kawasan tersebut dan kutipan dilakukan setiap hari.

"KDEBWM hanya akan mula mengambil alih kutipan sampah pukal di kawasan tersebut bermula 1 Oktober ini.

"Berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli melalui kenyataan di halaman Facebook beliau berkenaan isu kutipan sampah pukal di kawasan berkenaan, KDEBWM ingin menjelaskan bahawa kutipan sampah pukal tersebut adalah di bawah Badan Pengurusan Bersama (JMB) AJ Boulevard," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ramli berkata, longgokan sampah pukal di kawasan tersebut dipercayai ekoran daripada pembuangan haram daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

"KDEBWM amat menitik berat berkaitan isu kutipan sampah serta pembersihan awam dan menghargai komitmen dan keprihatinan orang awam mengenai perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di negeri Selangor.

"KDEBWM mengalu-alukan orang awam untuk menyalurkan aduan melalui aplikasi pintar ‘i-Clean Selangor’ di mana pengguna boleh menghantar aduan bergambar, sekali gus dapat membantu kami menyelesaikan permasalahan dengan lebih cepat dan efisien," katanya.

Terdahulu, Mohd Shaid melalui kenyataan di halaman Facebook beliau memaklumkan mengenai isu berkaitan longgokan sampah di kawasan tersebut.

"Peringatan terakhir kepada MDKS dan KDEB, sekiranya sampah ini tidak dibersihkan hari ini, esok sampah ini akan ada di hadapan bangunan KDEB Shah Alam. Sekian terima kasih," tulisnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!