X

Kindly register in order to view this article
!

Insiden air hitam Sungai Gong tak jejas LRA Sungai Selangor

LUAS mengaktifkan kod kuning sebaik menerima laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Gombak berhubung insiden air hitam di Sungai Gong tengah hari semalam. Gambar kecil:Hee Loy Sian
A
A

SHAH ALAM - Insiden air hitam di Sungai Gong di sini tengah hari semalam tidak menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengambil sampel air di Sungai Sembah iaitu aliran sebelum masuk ke Sungai Selangor dan mendapati tiada bau dan tiada warna kehitaman.

Menurutnya, tiada henti tugas loji dan gangguan bekalan air dilaporkan setakat ini.

"Pasukan dari LUAS dan Air Selangor sentiasa membuat rondaan serta pemantauan rapi setiap hari di Lembangan Sungai Selangor dan Lembangan Sungai Langat.

"Sebab itulah kita dapat menangani sebarang pencemaran dalam masa yang singkat," katanya.

Semalam, LUAS mengaktifkan kod kuning sebaik menerima laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Gombak berhubung insiden air hitam di Sungai Gong di sini tengah hari semalam.

LUAS dalam satu kenyataan berkata, langkah awal dilakukan menerusi siasatan secara menyeluruh di kawasan berisiko yang boleh menyebabkan henti tugas Loji Pembersihan Air (LPA) utama di bahagian hilir Sungai Selangor.

Menurut kenyataan itu, siasatan yang dijalankan di kawasan Inlet Kolam Tebatan Banjir JPS mendapati air sungai tersebut berwarna hitam, namun tiada bau dan disyaki disebabkan oleh pewarna.

Sementara itu, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) hari ini menegaskan bahawa kejadian air hitam di Sungai Gong, Rawang, Selangor semalam bukan berpunca daripada pelepasan elfuen Loji Rawatan Kumbahan Rawang Integrated Industrial Park (GBK134).

ARTIKEL BERKAITAN: Sungai Gong tercemar lagi, bertukar warna hitam

IWK nafi pelepasan efluen loji punca Sungai Gong hitam


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!