Denggi di Johor membimbangkan, catat 8,707 kes

Penguat kuasa Jabatan Kesihatan Johor melakukan pemeriksaan di kawasan tempat pembiakan nyamuk aedes yang sebelum ini mencatatkan kes yang tinggi di Bandar baru Uda, Johor Bahru semalam.
Penguat kuasa Jabatan Kesihatan Johor melakukan pemeriksaan di kawasan tempat pembiakan nyamuk aedes yang sebelum ini mencatatkan kes yang tinggi di Bandar baru Uda, Johor Bahru semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Johor Kesihatan Johor mencatatkan 8,707 kes denggi pada tahun ini dari awal tahun sehingga 12 September lalu.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu berkata, statistik itu menunjukkan peningkatan 6.2 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu yang mencatatkan 8,200 kes.

Menurutnya, jabatan itu melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Premis Individu (OPPI) melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan polis bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975.

"Menerusi operasi bersepadu itu jika pemeriksaan menemukan tempat pembiakan jentik-jentik di premis kediaman, akan dikompaun RM500 dan jika gagal membayarnya, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Situasi denggi di Johor amat membimbangkan. Sebanyak 32 kes kematian dilaporkan pada tahun ini berbanding dengan 21 kes pada tempoh sama tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penguat kuasa Jabatan Kesihatan Johor melakukan pemeriksaan di kawasan tempat pembiakan nyamuk aedes yang sebelum ini mencatatkan kes yang tinggi di Bandar baru Uda, Johor Bahru semalam.
Penguat kuasa Jabatan Kesihatan Johor melakukan pemeriksaan di kawasan tempat pembiakan nyamuk aedes yang sebelum ini mencatatkan kes yang tinggi di Bandar baru Uda, Johor Bahru semalam.

Beliau berkata, Johor Kesihatan mengadakan aktiviti OPPI di kawasan wabak denggi di Bandar Baru Uda di sini semalam kerana kawasan itu sebelum ini tidak mendapat kerjasama penduduk setempat yang tidak membenarkan premis mereka dimasuki untuk dibuat pemeriksaan pembiakan aedes.

"Sebanyak 1,014 premis telah diperiksa semasa operasi ini dan daripada jumlah tersebut sebanyak 14 premis atau 1.3 peratus didapati mempunyai bekas pembiakan jentik-jentik.

Artikel Berkaitan:

"Di persekitaran awam pula, sebanyak 26 tempat pembiakan ditemui antaranya bekas-bekas plastik dan pasu bunga yang terbiar," katanya.

Aman berkata, sejak 1 Januari sehingga 12 September lalu sebanyak 156 kes denggi telah dilaporkan dari kawasan berkenaan.

Dalam mencegah denggi katanya, masyarakat perlu memainkan peranan aktif bagi mencari dan memusnahkan tempat-tempat takungan di kediaman mereka yang boleh menjadi pembiakan aedes termasuk penjagaan kebersihan persekitaran dan pembuangan sampah secara teratur.

"Sekiranya ada daripada kalangan keluarga yang demam, mereka perlu mendapatkan rawatan segera di klinik dan ini adalah perkara yang perlu diambil berat oleh semua pihak.

"Masyarakat juga harus memberi kerjasama kepada petugas kesihatan yang melakukan pemeriksaan rumah atau semburan kabus terutama di kawasan kes denggi," katanya.