PGA rampas pakaian bundel seludup bernilai RM75,000

Sebanyak 30 guni pakaian bundel bernilai RM75,000 dirampas oleh PGA Batalion 7 Kuantan selepas menahan sebuah lori di jalan Pohon Tanjung - Pasir Mas di Rantau Panjang.
Sebanyak 30 guni pakaian bundel bernilai RM75,000 dirampas oleh PGA Batalion 7 Kuantan selepas menahan sebuah lori di jalan Pohon Tanjung - Pasir Mas di Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas 30 guni pakaian terpakai (bundel) bernilai RM75,000 selepas menahan sebuah lori di jalan Pohon Tanjung - Pasir Mas di sini malam tadi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintanden Azhari Nusi berkata, pemandu lori itu gagal mengemukakan sebarang dokumen penyata dan perjalanan berkaitan barangan tersebut dalam operasi kira-kira jam 7 malam.

"Selain pemandu, kita turut menahan kelindan bagi membantu siasatan selepas pemeriksaan dilakukan ke atas lori itu yang membawa 30 guni pakaian terpakai.

"Siasatan awal mendapati kesemua pakaian tersebut diseludup dari negara jiran menggunakan laluan tidak sah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Siasatan awal mendapati kesemua pakaian tersebut diseludup dari negara jiran menggunakan laluan tidak sah.
Siasatan awal mendapati kesemua pakaian tersebut diseludup dari negara jiran menggunakan laluan tidak sah.

Azahari berkata, tindakan itu dipercayai bagi mengelak dikenakan cukai oleh kerajaan.

"Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM140,000 dan kes kes disiasat bawah Seksyen 100 Akta Cap Dagang 2019," katanya.

Artikel Berkaitan: