X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki sakit jiwa kelar leher sendiri

Mangsa yang tidak sedarkan diri diberi rawatan oleh petugas kesihatan di dalam ambulans sebelum dibawa ke HHT untuk mendapatkan rawatan susulan. - Foto ihsan IPD Hulu Terengganu Gambar kecil: Mohd Adli Mat Daud
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri dengan kesan kelar di leher dipercayai cuba membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah bot (houseboat) di Tasik Kenyir, Kuala Berang di sini semalam.

Mangsa berusia 34 tahun yang merupakan pekerja di rumah bot itu ditemui rakan sekerjanya di Sungai Mandak,Tasik Kenyir di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.37 malam sebelum memaklumkan kepada Pasukan Polis Marin Tasik Kenyir untuk bantuan.

Menurutnya, setelah hampir sejam menempuh perjalanan dengan bot Pasukan Polis Marin, mangsa selamat dibawa ke darat sebelum dihantar ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) menaiki ambulans untuk rawatan susulan.

Beliau berkata, hasil rakaman percakapan dengan adik lelaki mangsa, seminggu sebelum kejadian mangsa meracau dengan menyatakan yang dia mahu membunuh diri.

"Mangsa juga dimaklumkan ada masalah mental dan sering mendapatkan rawatan di HHT.

"Namun sebelum mangsa bekerja di rumah bot tersebut, dia dikatakan tidak mendapatkan rawatan seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Adli berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri akan dipindahkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

"Siasatan lanjut mengenai kejadian berkenaan sedang dijalankan," katanya.