Lori Rezeki Khaira PPZ bantu golongan memerlukan

Ahmad Shukri (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada seorang penerima di Surau Jumaat Al Hikmah, PPR Beringin semalam.
Ahmad Shukri (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada seorang penerima di Surau Jumaat Al Hikmah, PPR Beringin semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Projek Lori Rezeki Khaira Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) merupakan satu inisiatif yang diambil bagi meringankan beban golongan memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, menerusi program itu, pihaknya akan membantu dalam melengkapkan barangan keperluan harian pihak terlibat susulan daripada penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Beliau berkata, selain itu, langkah ini juga sebagai pemberian tambahan bagi menyokong agihan zakat oleh Baitulmal-MAIWP dengan melihat mana-mana ruang kosong untuk disantuni.

“Ini adalah julung kali PPZ-MAIWP melaksanakan program sumbangan barangan basah ini sebagai usaha membantu golongan memerlukan,” katanya selepas membuat gimik pelancaran Projek Lori Rezeki PPZ yang berlangsung di Surau Jumaat Al Hikmah, PPR Beringin di sini semalam.

Seramai 800 penduduk di PPR Beringon, PPR Taman Mulia, PPR Seri Anggerik dan PPR Taman Wahyu menerima manfaat menerusi Projek Lori Rezeki Khaira PPZ itu antaranya seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran dengan jumlah RM40,000.

Dalam pada itu, Ahmad Shukri berkata, sumbangan di setiap lokasi akan dilakukan secara berperingkat kepada golongan sasar yang ditetapkan.

“Sumbangan seterusnya pula akan mula disalurkan bermula Oktober dan November ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: