Universiti Cyberjaya diiktiraf antarabangsa

Kelab Pelajar Farmasi Universiti Cyberjaya (CUPSS) menganjurkan Karnival Mesra Ubat (KaMU) bagi mempromosikan penjagaan kesihatan secara tahunan.
Kelab Pelajar Farmasi Universiti Cyberjaya (CUPSS) menganjurkan Karnival Mesra Ubat (KaMU) bagi mempromosikan penjagaan kesihatan secara tahunan.
A
A
A

CYBERJAYA - Usaha Universiti Cyberjaya (UC) yang konsisten untuk mencapai tahap yang lebih baik dalam semua bidang membuahkan hasil apabila turut tersenarai dalam THE University Impact Ranking.

Pencapaian itu merupakan tambahan kepada penafaran SETARA 5-Bintang (Cemerlang) oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan penarafan QS 5-Bintang bagi Pengajaran, Kebolehpasaran, Keterangkuman dan Prasarana yang diterima oleh UC hingga disenaraikan sebagai salah satu universiti swasta terkemuka di Malaysia.

UC ditubuhkan pada tahun 2005 dan dikenali sebagai Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS).

Sebagai pengiktirafan kepada usaha universiti dalam kualiti dan kecemerlangan akademik selama lebih dari 15 tahun, ia kini dikenali sebagai Universiti Cyberjaya, sebuah universiti yang menyeluruh.

Universiti bertaraf lima bintang itu telah menghasilkan lebih 4,500 profesional sains kesihatan dalam bidang seperti perubatan, farmasi, fisioterapi dan psikologi yang berada di barisan hadapan industri penjagaan kesihatan selain graduan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta teknologi kejuruteraan bioperubatan.

“Kini terdapat lebih 3,500 pelajar aktif dalam 38 program akademik dari peringkat diploma sehingga pascasiswazah dalam pelbagai bidang antaranya perniagaan, perakaunan, kejuruteraan, teknologi maklumat, perubatan, farmasi, psikologi serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

“Hampir satu per lima pelajar di universiti adalah pelajar antarabangsa dari lebih 40 negara,” kata UC dalam satu kenyataan semalam.

Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.cyberjaya.edu.my/enrol2020 atau hubungi kaunselor pendidikannya melalui WhatsApp di 011-1112 3344 atau e-mel ke inquiry@cyberjaya.edu.my.

Artikel Berkaitan: