Sarawak rai kejayaan Ratu Cantik Malaysia 2020

Francisca berusia 25 tahun berketurunan Orang Ulu dan Iban merupakan Anak Dayak pertama yang memenangi gelaran berprestij itu
Francisca berusia 25 tahun berketurunan Orang Ulu dan Iban merupakan Anak Dayak pertama yang memenangi gelaran berprestij itu
A
A
A

KUCHING - Ratu Cantik anak kelahiran Sarawak, Francisca Luhong James yang dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia 2020 di Kuala Lumpur pada 5 September lalu, tiba di Kuching semalam.

Francisca yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira-kira jam 2 petang disambut penuh penghormatan oleh ahli keluarga, rakan dan penyokong dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19.

Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), gadis berusia 25 tahun berketurunan Orang Ulu dan Iban itu melakar sejarah buat Sarawak apabila melayakkan diri mewakili Malaysia ke pentas Miss Universe Antarabangsa dan bakal dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records.

Pada sebelah malam, Francisca diraikan dalam satu majlis sambutan rasmi di Shangri-La Grand Ballroom, Rooftop@CityOne di sini sebagai penghormatan di atas kejayaannya.

"Dalam majlis ini, Francisca mengenakan busana sentuhan dari etnik Orang Ulu bagi mempersembahkan tarian Liling Leodian bersama ahli keluarganya.

"Francisca berusia 25 tahun berketurunan Orang Ulu dan Iban merupakan Anak Dayak pertama yang memenangi gelaran berprestij itu," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ahli keluarga, rakan serta penyokong menyambut ketibaan Francisca di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching petang semalam.
Ahli keluarga, rakan serta penyokong menyambut ketibaan Francisca di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching petang semalam.

Sementara itu Francisca berkata, pelbagai perancangan dan persiapan dilakukan untuk mempersembahkan setiap sisi unik negara ini di mata dunia selain mengetengahkan isu yang dekat di hati masyarakat khasnya pemerkasaan wanita.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, aktiviti di lapangan akan dilakukan bersama pasukan Miss Universe Malaysia Organization bagi menjayakan advokasi ‘Women Rise’ yang akan dibawanya ke pentas antarabangsa nanti.

Pada 5 September lalu, Francisca dinobatkan sebagai Ratu Cantik Malaysia 2020 apabila berjaya menewaskan 17 peserta lain.

Menurut portal Borneo Post Online, kemenangan Francisca diumumkan secara langsung di

laman sesawang Miss Universe Malaysia selepas dinilai oleh juri iaitu pelakon dan pengarah Datuk Hans Isaac dan Ratu Cantik Malaysia 2011, Deborah Henry serta pereka fesyen, Carven Ong.

Francisca bekerja sebagai perhubungan awam dan pemasaran di Kuala Lumpur dan berasal dari Orang Ulu.