Sungai Gong tercemar lagi, bertukar warna hitam

Air Sungai Gong di Rawang kelihatan berwarna hitam yang dilaporkan JPS Gombak sekitar jam 12 tengah hari tadi.
Air Sungai Gong di Rawang kelihatan berwarna hitam yang dilaporkan JPS Gombak sekitar jam 12 tengah hari tadi.
A
A
A

RAWANG - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengaktifkan kod kuning sebaik menerima laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Gombak berhubung insiden air di Sungai Gong di sini yang berwarna hitam tengah hari tadi.

LUAS dalam satu kenyataan berkata, langkah awal dilakukan menerusi siasatan secara menyeluruh di kawasan berisiko yang boleh menyebabkan henti tugas Loji Pembersihan Air (LPA) utama di bahagian hilir Sungai Selangor.

Menurut kenyataan itu, siasatan yang dijalankan di kawasan Inlet Kolam Tebatan Banjir JPS mendapati air sungai tersebut berwarna hitam, namun tiada bau dan disyaki disebabkan oleh pewarna.

"Siasatan juga mendapati terdapat pelepasan efluen berwarna dan berbuih dari discaj efluen loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) GBK 134 area 5 di kawasan Perindustrian Rawang.

Air Sungai Gong di Rawang kelihatan berwarna hitam yang dilaporkan JPS Gombak sekitar jam 12 tengah hari tadi.
Air Sungai Gong di Rawang kelihatan berwarna hitam yang dilaporkan JPS Gombak sekitar jam 12 tengah hari tadi.

"Sampel yang diambil mendapati kandungan ammonia adalah sebanyak 5.2 miligram per liter (mg/I) dan TSS adalah 47 mg/I.

"Pihak IWK telah memberhentikan aliran dari 'incoming pump' dan seterusnya memberhentikan pelepasan discaj efluen.

"Siasatan yang dijalankan oleh LUAS bersama Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) di River Monitoring Station (RMS) Country Homes di sini mendapati sampel aliran air berwarna hitam tersebut menunjukkan tiada bau dan tiada kesan minyak," kata kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan itu berkata, siasatan diteruskan dengan mengambil sampel air di Sungai Sembah iaitu aliran sebelum masuk ke Sungai Selangor, bagaimanapun didapati tiada bau dan tiada warna kehitaman.

"(Susulan itu) tiada henti tugas loji dan gangguan bekalan air dilaporkan setakat ini. Pemantauan rapi dari semasa ke semasa dilakukan LUAS bersama agensi berkaitan," katanya.