X

Kindly register in order to view this article
!

Rumah calon Bebas DUN Labuk musnah dalam kebakaran

Rumah calon Bebas DUN Labuk, Abdul Rahman Kongkawang musnah dalam kebakaran di Kampung Muanad 3, Beluran hari ini.
A
A

BELURAN - Rumah calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah musnah dalam kebakaran di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Rastam Keladi berkata, rumah Abdul Rahman Kongkawang yang juga penyandang kerusi DUN Labuk di Kampung Muanad 3 di sini musnah dalam kejadian pada kira-kira 2.30 petang.

"Balai Bomba dan Penyelamat Beluran menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 2.35 petang tadi dan sepasukan bomba bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai.

"Kejadian melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal iaitu berstruktur kayu. Api berjaya dikawal daripada merebak sejam kemudian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Rastam berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. - Bernama

Anggota bomba dan penyelamat memadamkan sisa kebakaran yang memusnahkan rumah Abdul Rahman di Kampung Muanad 3, Beluran hari ini.
Anggota bomba dan penyelamat memadamkan sisa kebakaran yang memusnahkan rumah Abdul Rahman di Kampung Muanad 3, Beluran hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!