X

Kindly register in order to view this article
!

Fenomena air pasang besar: Baiki segera jalan rosak

Noh (kiri) ketika meninjau keadaan di Pantai Sungai Kajang, Tanjong Karang hari ini.
A
A

TANJONG KARANG - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diminta menyediakan peruntukan khas bagi kerja membaik pulih beberapa jalan di sepanjang Sungai Kajang di sini yang rebak berikutan fenomena air pasang besar yang melanda kawasan itu pagi tadi.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, hasil pemantauannya petang tadi mendapati Jalan Bagan Sungai Kajang antara yang mengalami kesan hakisan jalan akibat dipukul ombak.

Menurutnya, masalah itu perlu ditangani segera bagi memastikan penduduk tidak terputus hubungan akibat kerosakan jalan yang serius.

"Sudah tentu (hakisan ombak mengakibatkan jalan rosak) akan memberi kesan kepada rumah-rumah nelayan sekitar yang kebanyakannya dibina di kawasan ini.

"Selain itu, kita turut bimbang jika benteng pecah mengakibatkan air laut melimpah masuk ke kebun yang boleh menyebabkan hasil pertanian dan ternakan terjejas," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di beberapa jalan di Kampung Sungai Kajang di sini petang tadi.

Noh yang juga Pengerusi UMNO Selangor berkata, beliau turut mencadangkan JPS membina batu konkrit di sepanjang Pantai Sungai Kajang yang ketika ini menjadi tumpuan pengunjung pada waktu petang terutama pada hujung minggu.

"Sebelum ini, kita pernah meletakkan batu konkrit di pesisir pantai dan berharap ia dapat ditambah lagi bagi menghalang hakisan ombak dengan cepat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!