Sultan Johor beri sumbangan bantu pelajar Malaysia di luar negara

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan peribadi bernilai £100,000 (RM542,000) bagi dana Dermasiswa Sultan Ibrahim Johor.

Dalam posting terbaharu laman Facebook The Royal Johor memaklumkan, dana itu bertujuan membantu pelajar Malaysia yang kini sedang menuntut di luar negara dan akan diuruskan menerusi Bantuan Inisiatif Dana Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA).

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris bertitah, baginda Tuanku sultan amat prihatin dengan beban kewangan yang dihadapi pelajar-pelajar Malaysia di luar negara.

Titahnya lagi, Disember lalu, ketika berangkat ke London, baginda berkenan menemui sekumpulan pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian mereka di United Kingdom.

"Ini merupakan kali kedua Tuanku sultan membantu pelajar-pelajar Malaysia di luar negara menerusi Dermasiswa Sultan Ibrahim Johor," titah Tuanku Permaisuri Johor kepada Royal Press Office.

Terdahulu, Tuanku Permaisuri Johor berkenan menerima menghadap Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Zarith Sofiah Negeri Johor di Istana Bukit Serene, di sini, hari ini.

Pertemuan bersama Baginda berlangsung selama hampir sejam.

Raja Zarith Sofiah bertitah, pemilihan penerima serta jumlah bantuan akan diperhalusi oleh pihak Yayasan.

Artikel Berkaitan: