SOP di LRT

No Image Caption
A
A
A
Penumpang kelihatan memakai pelitup separuh muka ketika berada di dalam Transit Aliran Ringan (LRT) ketika tinjauan hari ini.

Biarpun banyak kelonggaran diumumkan Kerajaan namun tidak bermakna negara kini bebas daripada ancaman COVID-19 .

Orang ramai masih perlu peka dalam memerangi pandemik itu dengan mempertingkatkan kawalan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup separuh muka apabila berada di tempat awam, mencuci tangan dengan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman serta menjaga penjarakan fizikal sebagai langkah untuk membendung penularan itu.

Seandainya ada ahli keluarga mempunyai gejala seperti batuk dan selesema, seharusnya kekal berada di rumah bagi mengelakkan jangkitan terutama kepada kanak-kanak. - Foto Bernama
Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan