X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Singapura catat 15 kes baharu, lima kes import

A
A

SINGAPURA - Singapura yang kini dalam fasa kedua pembukaan semula ekonomi dan aktiviti sosial, pada laporan awalnya mengesahkan 15 kes baharu jangkitan koronavirus (Covid-19) untuk tempoh 24 jam lepas dengan lima merupakan kes import.

Dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) menyatakan kesemua kes import tersebut telah dikenakan Notis Duduk di Rumah sebaik tiba di negara itu.

Sementara itu, berdasarkan kepada siasatan sehingga kini, kementerian itu menyatakan terdapat satu kes dalam komuniti yang melibatkan rakyat Singapura dan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di republik itu kepada 57,558.

Kementerian itu menyatakan yang mereka masih lagi mendapatkan maklumat penuh kes terbabit dan akan memberikan memberikan maklumat terkini malam ini.

Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat Jumaat, kementerian itu mengklasifikasikan 1,006 sebagai kes import, 2,242 kes dalam komuniti dan 54,295 kes melibatkan penghuni asrama pekerja asing.

MOH menyatakan 57,071 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan didiscaj daripada hospital ataupun fasiliti penjagaan komuniti.

“Sejumlah 38 pesakit masih berada di hospital, namun tiada yang ditempatkan di unit rawatan rapi,” menurut MOH.

Sementara itu, 407 pesakit yang bergejala ringan atau secara klinikalnya sihat namun masih diuji positif Covid-19 telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Sehingga kini, 27 orang mati akibat komplikasi Covid-19 di republik tersebut.

Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!