OKU meriahkan Program Kayuhan Anak Syurga

Peserta yang menyertai Program Kayuhan Puncak Anak Syurga anjuran MDHS, hari ini.
Peserta yang menyertai Program Kayuhan Puncak Anak Syurga anjuran MDHS, hari ini.
A
A
A

HULU SELANGOR - Bersempena sambutan ulang tahun ke-100 Bukit Fraser, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menganjurkan Program Kayuhan Puncak Anak Syurga hari ini.

Menariknya, program bermula di kawasan parkir Sungai Chiling, Pertak itu telah memasuki edisi penganjuran kali ke-100 dengan turut menghimpunkan anak-anak kurang upaya (OKU) dari Kelab Bikeisable yang bernaung di bawah Persatuan Malaysian Advocates For Cereberal Palsy.

Yang Dipertua MDHS, Dr Mohamad Azhar Mohamed Ali berkata, penganjuran program berkenaan bakal mencatatkan sejarah baharu di mana ia merupakan penyertaan pertama peserta OKU untuk membuat kayuhan ke Bukit Fraser.

"Konvoi anak OKU ini akan diketuai oleh adik Dihan iaitu seorang penghidap Cerebral Palsy terlantar dan juga pemegang Malaysia Book Of Records sebanyak dua kali menerusi penyertaan Sukan Lasak Duathlon di Bagan Serai pada Ogos 2018 dan kembara berbasikal merentas sempadan ke Thailand pada Januari tahun ini," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Penganjuran program berkenaan mencatatkan sejarah baharu di mana ia merupakan penyertaan pertama peserta OKU untuk membuat kayuhan ke Bukit Fraser.
Penganjuran program berkenaan mencatatkan sejarah baharu di mana ia merupakan penyertaan pertama peserta OKU untuk membuat kayuhan ke Bukit Fraser.

Dalam majlis berkenaan, Mohamad Azhar turut berkesempatan membuat gimik pelepasan peserta bersama barisan ahli majlis MDHS dan beberapa tetamu kehormat lain.

Dalam pada itu, Mohamad Azhar berkata, penganjuran program kayuhan itu juga bakal mencatat sejarah tersendiri buat peserta OKU ini yang rata-ratanya pertama kali menyertai kayuhan ke Bukit Fraser.

"Program ini berjaya dirangka hasil kerjasama dan sokongan banyak pihak antaranya Tourism Pahang, Majlis Daerah Raub, Balai Polis Daerah Raub, Balai Polis Fraser dan Tourism Selangor," katanya.

Artikel Berkaitan: