Bekas pegawai kanan ATM, pengarah syarikat direman

Seorang bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergelar 'Datuk' dan seorang pengarah syarikat pembekal direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu projek naik taraf jalan raya di pedalaman Sarawak.
Seorang bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergelar 'Datuk' dan seorang pengarah syarikat pembekal direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu projek naik taraf jalan raya di pedalaman Sarawak.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergelar 'Datuk' dan seorang pengarah syarikat pembekal direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu projek naik taraf jalan raya di pedalaman Sarawak.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kedua-dua suspek lelaki masing-masing berumur 62 dan 56 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 5 petang dan 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, tuntutan itu membabitkan pelaksanaan 10 projek jalan negeri di pedalaman Sarawak di bawah Kementerian Pertahanan yang bernilai lebih RM800 juta.

Ia membabitkan projek pembinaan jalan menghubungkan beberapa bandar kecil di Sarawak seperti Kapit, Ba'Kelalan, Belaga dan Limbang, yang dikenali sebagai 'Projek Jiwa Murni' di bawah kementerian berkenaan, yang dianugerahkan kepada syarikat itu sejak tahun 2010 hingga 2016.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Siti Roslizawati Mohd Zanin.

Pada 8 September lepas, media melaporkan SPRM menahan dua individu bergelar ‘Datuk’ yang merupakan rakan kongsi dan pengarah sebuah syarikat dalam operasi khas yang dilaksanakan dengan dengan kerjasama Kementerian Pertahanan yang berkaitan dengan tuntutan berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: