Kuih bulan sempena Pesta Tanglung

Nur Farrah menunjukkan kuih bulan tradisional (kiri) dan kuih bulan Shanghai yang dihasilkan. - Foto Bernama
Nur Farrah menunjukkan kuih bulan tradisional (kiri) dan kuih bulan Shanghai yang dihasilkan. - Foto Bernama
A
A
A
BUKIT MERTAJAM - Nur Farrah menunjukkan kuih bulan tradisional (kiri) dan kuih bulan Shanghai yang dihasilkan.

Kuih bulan merupakan kuih tradisional masyarakat Cina yang dibuat pada musim perayaan pertengahan musim luruh (Pesta Tanglung) yang disambut di antara bulan September hingga Oktober setiap tahun.

Bukan masyarakat Cina sahaja membuat kuih bulan malah seorang usahawan muda, Nur Farrah Diba Azhar, 30, juga menghasilkan pelbagai jenis kuih bulan untuk dijual pada musim perayaan tersebut.

Nur Farrah meghasilkan pelbagai variasi perisa kuih bulan yang dapat menarik minat pelanggan khususnya penggemar kuih bulan sempena Pesta Tanglung.

Antara variasi kuih bulan yang dihasilkan termasuklah kuih bulan Shanghai yang rasanya seakan-akan cream puff selain turut menghasilkan kuih bulan mochi, kuih bulan jeli, kuih bulan snow skin dan kuih bulan tradisional.
Artikel Berkaitan:


Harga kuih bulan dijual diantara RM8 hingga RM13.50 sebiji mengikut saiznya. Foto Bernama

Artikel Disyorkan