X

Kindly register in order to view this article
!

Tekong darat, lima PATI ditahan

Kenderaan yang digunakan oleh tekong darat untuk menyeludup PATI warga Thailand dari Rantau Panjang ke Kota Bharu. Gambar kanan, Tekong darat warga tempatan berusia 28 tahun yang ditahan di Lebuhraya Pasir Mas- Kota Bharu berhampiran Salor, Kota Bharu.
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan terpaksa mengejar sebuah pacuan empat roda sejauh 17 kilometer (km) dari pangkalan haram Jitong di sini sebelum berjaya menahan seorang tekong darat yang membawa lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tekong darat dan PATI berusia 19 hingga 44 tahun yang terdiri dari empat wanita serta seorang lelaki berjaya ditahan di Lebuhraya Pasir Mas- Kota Bharu berhampiran Salor, Kota Bharu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintanden Azhari Nusi berkata, siasatan awal mendapati tekong darat warga tempatan itu yang berusia 28 tahun tersebut telah diarahkan oleh seseorang untuk membawa kesemua PATI ke Kota Bharu.

"Penahanan kesemua PATI dan tekong darat ini hasil maklumat berkaitan dengan penyeludupan PATI yang kami terima.

"Sejurus menerima maklumat pada jam 11.45 malam, sepasukan anggota telah digerakkan ke kawasan Pengkalan Haram Jitong," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil intipan di kawasan berhampiran anggota PGA telah ternampak beberapa orang menaiki perahu menyeberangi sungai Golok dari Thailand ke tebing pengkalan haram tersebut.

Katanya, sejurus tiba kesemua PATI itu terus menaiki pacuan empat roda Pajero Mistubishi dan menggunakan laluan utama menuju ke Rantau Panjang.

"Menyedari kehadiran anggota PGA, kenderaan itu terus memecut laju dan kemudian berjaya ditahan di Lebuhraya Pasir Mas-Kota Bharu berhampiran Salor.

"Hasil pemeriksaan mendapati hanya dua penumpang sahaja gagal mengemukakan dokumen," katanya.

Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 26 (J) APTISOM 2007 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1956/63.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!