Geng CD Dragon aktif curi kereta ditangkap

Ketiga-tiga suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Ketiga-tiga suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
A
A
A

KULIM - Polis berjaya menumpaskan Geng CD Dragon yang aktif mencuri kenderaan di sekitar Kulim dan daerah berhampiran selepas menangkap ketua kumpulan itu dalam serbuan di sebuah rumah di Padang Serai dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, lelaki berusia 36 tahun yang bergelar CD ditahan bersama dua wanita berusia 29 dan 23 tahun yang juga ahli geng sama.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka ditahan hasil operasi yang digerakkan polis IPD Kulim dengan kerjasama anggota IPD Seberang Perai Tengah dan Balai Polis Padang Serai.

"Ketiga-tiganya adalah rakan sejenayah dan kegiatan mereka aktif lebih kurang dua bulan lepas sebaik ketua mereka yang dipanggil CD keluar dari penjara.

"Lelaki itu mempunyai sembilan rekod jenayah lampau. Wanita yang berusia 29 tahun pula mempunyai 13 rekod jenayah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara kereta yang dirampas dari suspek di sebuah rumah di Padang Serai, Kulim semalam.
Antara kereta yang dirampas dari suspek di sebuah rumah di Padang Serai, Kulim semalam.

Katanya, polis rampas sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna kelabu yang bersangkut dengan kes hilang di Machang Bubuk, sebuah kereta jenis Honda Civid warna hijau bersangkut kes hilang di Perai, Pulau Pinang.

"Kita turut merampas sebuah lagi kereta Proton Wira warna kelabu yang hilang dan bersangkut kes di Tasek Gelugor, Pulau Pinang selain sebilah pisau lipat pelbagai guna dan kuku kambing yang ditemui ketika serbuan.

Artikel Berkaitan:

"Hasil siasatan awal ketiga-tiga suspek mengakui terlibat kes mencuri kenderaan dan ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah," katanya.

Azhar berkata, ketiga-tiga suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 22 September dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.