Tayar lori, treler bocor terkena skru jambatan

Beberapa buah kenderaan berat terkandas selepas mengalami kebocoran tayar di jejambat Jalan Kapal Layar Pelabuhan Klang semalam.
Beberapa buah kenderaan berat terkandas selepas mengalami kebocoran tayar di jejambat Jalan Kapal Layar Pelabuhan Klang semalam.
A
A
A

KLANG - Beberapa buah lori dan treler terkandas selepas mengalami kebocoran tayar di jejambat Jalan Kapal Layar Pelabuhan Klang di sini semalam.

Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu berpunca selepas pelapik getah penyambung jambatan tertanggal dan menampakkan beberapa skru (bolt) pada simen sebelum dilanggar kenderaan berat terbabit.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kenderaan berat terbabit mengalami kebocoran tayar disebabkan tusukan skru tersebut.

"Jalan itu di bawah selenggaraan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dan JKR Klang (Bahagian Jalan) sudah dihubungi.

"Laluan terbabit ditutup sementara dan JKR mengambil tindakan menggantikan getah pelapik baharu dan semua skru dinatkan dengan kemas," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menutunya, laluan terbabit kemudian kembali dibuka pada jam 3 petang dan setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima pihaknya berkaitan kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan: