Menteri Besar Kedah, tiga Exco negatif Covid-19

Laporan portal Sinar Harian pada 18 September 2020.
Laporan portal Sinar Harian pada 18 September 2020.
A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan tiga Exco yang menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) disahkan negatif hari ini.

Pejabat Menteri Besar Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 56 individu termasuk Muhammad Sanusi dan tiga Exco yang menjalani ujian saringan Covid-19 semalam adalah negatif seperti disahkan Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang.

Menurutnya, tiga Exco terlibat adalah Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Datuk Mohd Najmi Ahmad dan Exco Penerangan,Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna, Wan Romani Wan Salim.

"Selain itu, pegawai-pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dan sebilangan pimpinan Pas Kedah turut menjalani ujian saringan Covid-19.

"Ujian itu diadakan berikutan laporan seorang daripada hadirin program penyerahan sumbangan Pas Kedah kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kota Setar di Wisma Darul Aman 14 September lalu disahkan positif Covid-19," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, sebagai langkah penjagaan diri, Dr Mohd Fikri mengingatkan semua individu termasuk yang tinggal di luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk terus mematuhi prosedur operasi atandard (SOP) terutama memakai pelitup muka, mencuci tangan dan mengamalkan penjarakkan fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Kedah akur jika diarah kuarantin

MB Kedah jalani saringan Covid-19 esok

Semalam, Sinar Harian melaporkan Muhammad Sanusi dan 55 individu lain melakukan ujian saringan Covid-19 di Dataran Blok A, Wisma Darul Aman di sini semalam.

Muhammad Sanusi berkata, beliau akur sekiranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkannya menjalani kuarantin di rumah selepas ujian saringan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, beliau dan beberapa Exco kerajaan negeri bukanlah kontak rapat kepada kes positif Covid-19 sebaliknya hanya berada dalam program sama.