X

Kindly register in order to view this article
!

SSM tawar diskaun 90 peratus kompaun

SSM menawarkan pengurangan kompaun 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi permohonan pembatalan nama syarikat di bawah Seksyen 549/550 Akta Syarikat 2016 bermula 17 Ogos hingga 31 Disember.
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan pengurangan kompaun 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi permohonan pembatalan nama syarikat di bawah Seksyen 549/550 Akta Syarikat 2016 bermula 17 Ogos hingga 31 Disember.

SSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar pengurangan kompaun 90 peratus itu terpakai kepada semua kompaun yang ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965 (AS 1965) dan Akta Syarikat 2016 (AS 2016).

“Di bawah inisiatif ini, syarikat dan pengarah syarikat yang telah memohon atau diambil tindakan pembatalan syarikat menurut peruntukan di bawah Seksyen 549/550 Akta Syarikat 2016 layak mendapat pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus,” menurut kenyataan itu.

Semakan status kompaun boleh dibuat melalui permohonan emel di [email protected], menghubungi talian 03-22995334 dan secara dalam talian melalui pautan https://www.ssm.com.my/Pages/Quick_Link/e-Compound.aspx atau di portal ezBiz Online di pautan https://ezbiz.ssm.com.my serta di mana- mana pejabat SSM seluruh Malaysia.- Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!